Sunday, April 18, 2010

GAMBAR MAJLIS PENGKEBUMIAN ACIK SPIN

Kat bawah ni adalah gambar-gambar majlis pengkebumian Acik Spin..

Jenazah dibawa dari hospital Tuanku Ja'far
ke rumah mertuanya di Taman Desa Ros, Ampangan


SANAK saudara serta sahabat handai hadir pada pengkebumian jenazah Abdillah Murad Md Shaari atau lebih di kenali sebagai Achik Spin di Makam Tuan Haji Said di Seremban, hari ini. Achik Spin, 27, terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan di KM14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban 6.16 petang, semalam. 


IBU Allahyarham Achik, Badriah Awalludin (tiga dari kanan) dan isterinya HM Rose Zaitul Surianai (kanan) tidak dapat mengawal kesedihan semasa pengkebumian jenazah Allahyarham di Makam Tuan Haji Said, Seremban, hari ini.


Tomok antara rakan artis yg hadir
selain Lan Kristal, Hattan dan Siti Nordiana.


Siti Nordiana tidak dapat menahan sebak melihat 
sahabatnya yang dari kecil dikebumikan.
Nana jugak merupakan orang terakhir yang bertemu arwah
di Angkasapuri kira-kira jam 5.30 petang semalam
sebelum diberitakan kehilangan Acik jam 6.00 petang.

Sedih tengok buletin TV3 tadi. Sempat tengok jenazah Acik buat kali terakhir sebelum dikebumikan..
Tak suka berita-berita macam ni sbb diri sendiri pon pernah kehilangan orang yang paling disayangi.. Yang pernah alami je akan paham apa yang dirasai..T_T
Kesian kat anak-anak arwah,,yg kecik baru 10 bulan..

p/s : pic credit to lagendabaling dan best1of4

4 comments:

  1. Sedekahkan alfatihah buat aruah..Salam takziah kat famili aruah..Semoga depa tabah menghadapi kehidupan dan diberikan kekuatan meneruskan rutin harian mereka..Sedih gak bila tau berita ni..Tahun ni ramai artis atau tokoh yang meninggal dunia..

    ReplyDelete
  2. setiap yang hidup pasti mati.ini semua ujian.

    ReplyDelete
  3. hmm sebak tengok.. sedekahkan Alfatihah untuk arwah.. kita pun tak tahu bila ajal kita akn dtg... ajal maut Dia yang tentukan..

    ReplyDelete
  4. 2la... mesti sdey klu fikirkan anak dan isteri allahyarham. moga Allah ringankan ujian keatas mereka

    ReplyDelete