Monday, March 1, 2010

Sila Percaya Semua Gambar-gambar Ni Adalah Saya

Pada siapa yg rasa diri dia gemuk chubby, meh sini aku nak tunjuk something. Entri ni sebenarnya aku buat khas untuk Syazleen Ismail. Tapi tak jumpa pulak link dia. Sebab blog ni blog baru aku. Dari hari tu lagi nak kongsi tips dengan dia tapi tak tulis-tulis lagi. Tips ni aku tak ambik dari mana-mana sbb aku sendiri penah gemuk chubby dulu. Sensitif betul perkataan gemuk tu. Haha. Tak percaya meh aku tunjuk bukti! Kalau setakat main cakap, cari bahan kat internet dah berlambak dah tu.




Chumel tak aku?? Haha. Sila percaya gambar-gambar tu memang aku. Jangan tengok lama-lama ok. Segan. Dua-dua gambar ni time aku form 5. Baju merah tu time masa pergi Batu Caves. Baju ungu pergi dinner. Adoyai~ Dah lah selekeh, tak pandai bergaya pulak tu. Kulit muka banyak jerawat pulak tu. Time ni berat aku nak cecah 60kg kot. Entah. Tak ingat. Serious tak ingat, bukan malu!






Then, sila percaya jugak gambar kat bawah ni memang aku.



ada can jadi model tak?? Bila dah cun kurus ni, jarang ambil gambar penuh.


Dah percaya belum?? Tu korang tak tengok close-up bahagian muka lagi. Haha. Pic atas ni time aku kat matrikulasi dulu. Sekarang dah tak berapa nak kurus macam ni..
Tak ada sebarang kerja mengedit gambar pada those pictures ok. Ada member aku laki dah lama tak jumpa aku. Last dia jumpa aku time form3 ke form4 entah. Then, dia tengok gambar aku yg pakai tudung coklat tu. Dia ta cam!! Haha. Dia cakap mata tu macam kenal je, tapi siapa ek? Bila aku bgtahu yg tu aku, dia siap call lagi. Tapi soalan macam taik. "weh,ko edit ke gambar tu?" Siot jek soalan dia. Aku TAK EDIT ok. Sotang member perempuan aku cakap "Tiqah, ko makan ubat apa sampai jadi kurus macam ni?" Haha. Serious aku tak makan jamu ke, ubat kurus ke..Cuba bayangkan kalau aku ambil ubat-ubat ni. Sah-sah tercirit sebab nak pergi kelas!



Nak jadi macam ni bukan senang. Kena kuat semangat lar. Apa yg aku buat masa tu:
  • Diet! Ni semua orang pon tahu kan. Aku buat slow-slow lar. Mana boleh tiba-tiba terus tak makan apa-apa. Diet tak bermakna terus tak makan. Yg aku ingat aku pastikan aku makan pagi. Before pergi kelas makan, masa rehat pon makan.Dalam pukul 10-11 pagi macam tu la. 
  • Jarang makan nasi. Setakat ni aku tak pernah lah pulak tak makan nasi sampai seminggu! Tak boleh tahan weh! Tak puas kalau makan lauk je. Tapi ada gak member yg tak support. Dia cakap makan je lah nasi. Bukan boleh kurus pon kalau tak makan nasi..
  • So, time rehat aku cuma makan lauk je. Nak makan nasi boleh,tapi pagi-pagi lar. Tengah hari pon aku tak makan nasi. Makan lauk je. So, waktu yg sesuai aku rasa nak makan nasi time weekend. Sabtu dan Ahad lunch aku ambik nasi.
  • Malam pulak, aku tak makan apa-apa. Kalau lapar, aku cuma minum horlicks panas je. Aku rasa kalau minum Nestum pon ok kot. Bagi kenyang.
  • Tapi, diet je tak guna. Bersenam memang wajib ah kalau nak kurus. Time tu aku tak jogging. Sebab aku jenis cepat penat kalau berlari. Aku buat senaman naik turun tangga kat blok makmal/kelas. Aku sorang je yg buat macam tu. Tak pernah la pulak nampak orang lain jog kat situ. Haha. Malu gak lar time tu. Orang lain elok-elok jog tepi tasik aku naik bangunan kelas. 
  • Aku gak avoid/kurangkan minum ais dgn fast foods. Dah lar teh ais cafe B sedap giler. Murah dan banyak pulak tu!  Kek dan coklat memang tak usik. Nasib baik tak minat coklat!




Tu je kot yg aku ingat. Nanti kalau ada tips yg aku ingat lagi aku kongsi. Nampak macam simple je, tapi susah sebenarnya. Petang-petang dah lar sedap tidur. Plaing seksa, bila nak tahan lapar tu memang susah. Lagi-lagi tengok lauk best-best. Mana tahan beb! Dah la Penang makanan sedap-sedap. Kat kafe D tu macam-macam ada jual. Yg paling best nasi ayam, mee udang, laksa dan pasemboq! Pergh! Memang rindu lar! 

p/s: Siapa-siapa ada tips lagi meh lar tambah!

UPDATE:dah jumpa miss syazleen..;D

21 comments:

  1. wow! tgh diet jugk nih. haih, x sbr nk kurus tp kene sbr jugk. =(

    ReplyDelete
  2. kene byk bsbr,,tp tgk la hasil nnty,,msty puas hati!gud luck yep!
    ;D

    ReplyDelete
  3. berapa bulan ye amik masa nk kurus nih?

    ReplyDelete
  4. akak :) cun lar. nak cakap nih. peha saya besar. kalau buat tips2 tu peha boleh kecik ke?? badan saya tak kisah sangat cuma peha nie je lah.

    ReplyDelete
  5. fifah:tak ingat la brape bulan.tp tak smpai setahun pun.kalau peha cuba try naik turun tangga jgk sbb akak pon bsr bhgn tu jgk ;)

    ReplyDelete
  6. x yah r ssh sgt jager badan...hehehe

    ReplyDelete
  7. woahh.. beza gilaa!!
    tingen gak nk kurus. heuheuuu

    ReplyDelete
  8. akak . owg tenga usha nak diet jgak ni :( . susah nye .

    ReplyDelete
  9. rienz:laki kene jd taf ;)

    ramlah:jom kurus sama2!

    ama:kuatkn smangat k,,mmg susa pon,,

    ReplyDelete
  10. Ahaha...aq da kurus semulajadik....makan banyak maner pwn x naik badan...huhuhu...Ad tips ea cara nak besarkan badan?XD

    ReplyDelete
  11. wah ini semua hasil keazaman yang sangat kuat! tabik!!

    ReplyDelete
  12. rienz:ta pnah try la plak,,hehe

    park:thnx!;)

    ReplyDelete
  13. akak banyak selulit tak? Itu jd penghalang nak kuruskan peha ke?

    ReplyDelete
  14. salam..

    sy Zaryl dari PixelTrigger[dot]Com berkenaan pertanyaan awk tentang pencarian model di blog Zaryl[dot]Com tempoh hari.

    Oleh sebab awk takde tinggalkn emel utk sy hubungi jadi saya komen kat sini je ok?

    kalau awk berminat, sila emelkan sy link yg berkaitan (gambar penuh terbaru) seperti facebook profile dan sebagainya utk rujukan pihak kami. terima kasih.

    Nama: Zaryl
    Emel: zaryl@pixeltrigger.com
    Blog: http://zaryl.com/
    Web: http://pixeltrigger.com/

    ReplyDelete
  15. ha2,,,gemok!!!:D

    ReplyDelete
  16. Thanks You for sharing! HAHA. hebat gila sampai kurus macam tu tau! Positive ni nak kurus :p
    Sabar yeee :)
    Nantikan entri khas for u :D

    ReplyDelete
  17. oh!!! jelesnye i!!! u kurus!!!! :) i nk tiru smua la.. ;) i pun x suka jog..tp skrg i g cls jln kaki je..hrp2 at e end of dis month i kurus la!! :) **jeles sgt!!** ;) wink2

    ReplyDelete
  18. elyn:welcome ;)

    miss nora:gud luck yep!

    ReplyDelete