Sunday, April 18, 2010

GAMBAR MAJLIS PENGKEBUMIAN ACIK SPIN

Kat bawah ni adalah gambar-gambar majlis pengkebumian Acik Spin..

Jenazah dibawa dari hospital Tuanku Ja'far
ke rumah mertuanya di Taman Desa Ros, Ampangan


SANAK saudara serta sahabat handai hadir pada pengkebumian jenazah Abdillah Murad Md Shaari atau lebih di kenali sebagai Achik Spin di Makam Tuan Haji Said di Seremban, hari ini. Achik Spin, 27, terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan di KM14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban 6.16 petang, semalam. 


IBU Allahyarham Achik, Badriah Awalludin (tiga dari kanan) dan isterinya HM Rose Zaitul Surianai (kanan) tidak dapat mengawal kesedihan semasa pengkebumian jenazah Allahyarham di Makam Tuan Haji Said, Seremban, hari ini.


Tomok antara rakan artis yg hadir
selain Lan Kristal, Hattan dan Siti Nordiana.


Siti Nordiana tidak dapat menahan sebak melihat 
sahabatnya yang dari kecil dikebumikan.
Nana jugak merupakan orang terakhir yang bertemu arwah
di Angkasapuri kira-kira jam 5.30 petang semalam
sebelum diberitakan kehilangan Acik jam 6.00 petang.

Sedih tengok buletin TV3 tadi. Sempat tengok jenazah Acik buat kali terakhir sebelum dikebumikan..
Tak suka berita-berita macam ni sbb diri sendiri pon pernah kehilangan orang yang paling disayangi.. Yang pernah alami je akan paham apa yang dirasai..T_T
Kesian kat anak-anak arwah,,yg kecik baru 10 bulan..

p/s : pic credit to lagendabaling dan best1of4

Saturday, April 17, 2010

Gempar!:Video Kemalangan Acik Spin



Ni aku dapat dari facebook.. Dan difahamkan bahawa tuan punya video ni yang tolong selamatkan Acik Spin tu.. Kebetulan dia ada kat situ.. Dan masa Allahyarham dibawa keluar, (before kereta terbakar) Allahyarham dah pon meninggal.. Innalillah..


Klik : VIDEO KEMALANGAN ACIK SPIN

Apa yang aku dapat lihat,teruk kereta tu terbakar.. Ada sorang lagi penumpang dalam tu cedera parah(kawan arwah)..dalam video yang mereka selamatkan tu kawan arwah.. Arwah dah terlantar ket tepi tu..

Achik Spin Meninggal Dunia =(



Tadi balik dari Midvalley aku bukak GB terkejut sangat-sangat baca yang Acik Spin dah meninggal. Sedih! Baru je dikejutkan dengan kematian allahyarham Din Beramboi tak sampai pon sebulan, tiba-tiba Acik Spin pulak yang meninggalkan kita. Memang sedih..

Acik Spin meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada petang tadi. Kereta MPV yang dinaiki arwah terbakar dan meninggal di tempat kejadian.

Em tak sangka betul kan? Tak sampai pon 3 bulan lagi tapi dah ada 3 artis yang meninggal iaitu arwah Yanie Mentor, arwah Din Beramboi dan arwah Acik Spin.. Harap nya artis-artis yang lain akan ada rasa 'sesuatu' dalam hati mereka dan cukup-cukup lah dengan perangai buruk mereka selama ni. Bila-bila masa je Allah boleh tarik nyawa kita. Dan ingatan ni jugak untuk rakan blogger semua dan diri aku sendiri..

Aku teringat lagu Bola-bola api nyanyian Acik Spin dan Siti Nordiana. Memang best lagu tu. Dan aku sangat suka tengok lakonan Acik dalam Diari Romeo. Tengok berapa kali pon tak puas.. Hmm,,sedih! Muda lagi..Baru 28 tahun..

gambar credit to suarabaling

SEREMBAN: Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini, petang tadi.
Allahyarham yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas setelah melanggar papan tanda dan beliau meninggal dunia di tempat kejadian sebelum api marak membakar kereta MPV yang dipandu Achik ekoran kejadian malang itu
Mayat Allahyarham dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini, malam ini..


p/s:Apa-apa pon, Al-Fatihah untuk ketiga-tiga mereka dan takziah kepada keluarga Acik Spin..

Thursday, April 15, 2010

Template Minisite Blogspot Dan Buku Panduan Cuma RM50 SAHAJA! Percuma 3 ebook Lagi!!

Di sini terdapat tawaran yang HEBAT! Sila lihat dulu kelebihan-kelebihan yang bakal anda dapat ni. Dengan hanya RM50 SAHAJA, anda akan dapat pelbagai barangan. Pakej TERBAIK untuk anda yang inginkan web jualan yang siap dibina 99%. Apa yang perlu anda akukan hanyalah memasukkan produk anda ke dalam minisite tersebut. Mudah kan? Yang penting jimat wang dan masa. Tak payah susah-susah lagi untuk upah web designer/web master yang susah tentu memakan kos beratus-ratus ringgit! Masih tidak yakin? Jom tengok apa yang bakal anda perolehi dengan HANYA RM50!!

template minisite blogspot yang sudah tentu
friendly user!

Ebook bernilai RM200!!
Tapi, anda akan dapat dengan hanya RM50 termasuk template minisite blogspot!!


Nanti dulu! Ada banyak lagi kemudahan akan diberikan!



6 Header Menarik! . 



Button yang menarik! Banyak kan?
Semua comel-comel.


Salah satu daripada TIGA ebook yang
bakal anda perolehi dengan hanya RM50!


Banyak lagi barangan yang bakal anda perolehi antaranya ialah 5eCover Action Script yang professional, 10 menu header (format PNG), 13 Bullet dan banyak lagi!


Testimonial salah seorang pengguna minisite blogspot.
Memang puas hati!




Tak kan nak tengok sahaja? Apa lagi, rebutlah peluang membina web jualan anda dengan hanya RM50! Mudah dan menjimatkan! Ingin tahu apa lagi kelebihan yang bakal anda perolehi atau membuat tempahan sekarang?? Klik banner di bawah dan mulakan perniagaan anda!


minisite blogspot

Iqram Dinzly Lamar Fouziah Gous??

First of all, aku JELEZ! Haha.. Ades,kan bagus kalau Iqaram lamar aku..*perasan*. Ni bukti Iqram Dinzly lamar Fouziah Gous..



Even melalui twitter, tp bagi aku sangat sweet ayat yang Iqram cakap! Macam serius je ni.. and again, jealous! *ish!tak baik sungguh* Tapi, takpe, Ashraf Muslim single lagi kan??

Nak tahu jawapan Fouziah Gaos??


Double jealous! Haha! Apa-apa pon semoga korang bahagia lah yek.. Tamo dengar cerita cerai-berai lagi dah!

p/s : bila lah agaknya giliran aku pulak??;p

Wednesday, April 14, 2010

Prevent From Phishing Site: Beware! Perbezaan Http dengan Https

Maklumat ni aku jumpa dekat tagged. Aku rasa agak penting untuk korang tahu. Memang penting pon! Especially bila masuk Maybank2u dengan CIMB click. 



Perbezaan antara http dan https HTTP adalah singkatan dari HyperText Transport Protocol, iaitu salah satu protokol yang mengandungi bahasa yang difahami antara webserver dan klien (web browser di pc).



Jadi apa perbezaan huruf S yang membezakan antara HTTP dan HTTPS?

S adalah singkatan daripada Secure. Jika anda mengunjungi laman Web , lihatlah alamat di web browser, ia akan biasanya dimulai dengan ini: http://.

Ini bererti bahawa website ini berbicara dengan menggunakan pelayar biasa yang tidak selamat.

Dengan kata lain, ada kemungkinan ada seseorang yang sedang sekodeng pada komputer anda semasa perbualan dengan website.

Jika korang mengisi borang di laman web tersebut, seseorang mungkin melihat maklumat yang anda hantar ke laman tersebut.

Jadi tidak digalakkan untuk kita tidak pernah memasukkan nombor kad kredit anda di laman http!

Tetapi, jika alamat web bermula dengan https: / / , yang pada dasarnya bererti komputer anda sedang berbicara di halaman dalam kod yang selamat dan tiada sesiapa yang dapat sekodeng maklumat anda.

Anda faham mengapa hal ini begitu penting, kan?

Jika sebuah laman web meminta anda untuk memasukkan maklumat kad kredit anda, secara automatik periksa dahulu samaada alamat web bermula dengan https: / / .

Jika tidak, jangan memasukkan maklumat sensitif seperti nombor kad kredit.
Maklumat ini walaupun adalah basic tetapi ramai yang tidak tahu.







Aku pon tak tahu sebelum ni. Tak perasan sangat.So, berhati-hatilah lepas ni ek. Kalau ada alamat website panjang semacam tak payah lah klik.. Sekarang pon setiap kali log in mana-mana website aku akan tengok http atau https.. Hati-hati! Ni contoh web yang secure..


ni contoh yang secure
(browser google chrome)
nanti akan jadi kaler kuning-oren

Walaweh~ Baru Semalam Aku Tahu Pasal Drama Asmaradana. Tapi, Kenapa Tiz Zaqyah Seksi Sangat?

Ish! Memang ketinggalan zaman sungguh! Tu pon aku tahu masa beli makanan semalam kat kafe, tengok iklan tapi tak tahu tajuk. Nampak Iqram Dinzly *w0w!encem!* Tiz Zaqyah *w0w!cun!* Sam Shazeily *w0w!cute!* Rozita Che Wan *w0w! cantik bangat!*Serius Sam nampak cute dalam drama ni. Mesti gay-gay kat luar sana berminat!

Ok, pada yang tak tahu lagi macam aku ni (er, ada ke yg tak tahu lagi?) aku bagilah sikit info eh. Drama Asmaradana ni gantikan drama Nigina dulu. Drama ni ada 25 episod dan start tayang pada awal bulan 3 yang lepas. So, sempat lagi la kot nak catch up citer ni. Dan tak silap aku cerita ni mengisahkan cinta dua darjat. Siapa yang dah tengok dari awal bolehlah cerita kat aku kan??

Oh, pasal Tiz Zaqyah seksi tu aku agak kecewa sebenarnya.. Baru je nak minat, tiba-tiba terkozut den tengok majalah In-Trend ni!

berapa kali aku tengok nak pastikan betul ke dia ni??


hilang terus kesopanan.. T_T

Tapi, aku tetap suka gambar yang bawah ni.. Sopan and cute!


Comel kan?? Macam Agnes Monica..
Ye..Tiz Zaqyah macam Agnes Monica (SEO ni beb!)

Tapi, nak salahkan artis 100% pon tak boleh jugak.. Produser nak pilih pelakon pilih lah yang betul-betul sesuai. Dulu ingat lagi M.Nasir konon nak cari artis yang sopan-santun untuk watak Saliha dalam filem Aduh Saliha, mati-mati aku ingat nak cari perempuan ayu dan bertudung.. Sekali dapat yang berbikini da! 

p/s : Mana pergi filem Aduh Saliha eh?? Muahaha!

Iklankan Di Sini!

http://www.cute-smiley.comassalammualaikum semua,,
alhamdulillah akhirnya ada pon ruang pengiklanan 
dekat blog ni..

So, siapa yang berminat untuk iklankan produk, servis, blog or 
anything else,
 jom lah iklankan kat blog saya!

HARGA
cuma
RM8 sebulan
RM15 untuk 2 bulan

BANNER
size:125x125
if nak suruh saya buat banner pon boleh.
(bagi sedikit info untuk banner)
cuma tambah 
RM1 untuk yang statik
RM2 yang macam dekat header
RM3 yg lagi cantik (banyak gambar) 




REVIEW PRODUK/BLOG
kalau berminat, tambah lagi RM2 sahaja.
review untuk produk tidak akan didelete selagi blog ni wujud

contoh review


SYARAT BERIKLAN
tak nak ada unsur lucah
tak nak ada gambar seksi2

CONTACT
email saya : ery_car09 [at] yahoo [dot] com
bagi nama
hantar banner 125x125 (kalau dah ada)
dan URL link untuk banner

CARA PEMBAYARAN
setakat ni..
Maybank: 1512 4005 9898(preferable)
*mulai 1 mei sehingga Julai 2010 pembayaran
perlu dibuat melalui Maybank*

Bank Islam : 1417 102035 6518

atas nama Nurul Atiqah

dan yang PALING PENTING!

REASONS ADS HERE
klik untuk tumbesaran yg sihat

seperti yang anda lihat, ni jumlah visitor untuk last week (31march-6 Apr)
paling koman pon iklan anda akan dapat 100 views per day
 usia blog ini TAK MENCECAH 2 bulan lagi.
dan every week UNIQUE VISITOR lebih dari 1000
blog ini juga diupdate AT LEAST 6 kali seminggu 
dan iklan anda berada di atas, semua orang boleh nampak

So, what are u waiting for? Jom letak iklan kat blog ni!
sebarang pertanyaan boleh la tanya kat ruangan komen or
email saya di 

ery_car09 [at] yahoo [dot] com


if nak letak iklan,komen kat sini ye. Jatuh dan bangun
blog ini bergantung pada anda =)

Tuesday, April 13, 2010

Pembetulan Dari Redmummy Mengenai Tulisan Di Harian Metro Bertajuk Jadi Mewah Tulis Blog



Ni aku ada terbaca Redmummy punya latest entri.. Pembetulan yang dibuat ialah..

1. saya bukan pemenang untuk Top Parenting di Singapure, but yes I was the finalist.
2. Janaan RM10k per month bukan setiap bulan, kadang2 bulan ni lebat kadang2 bulan tu tak berapa lebat. Max i got is  more RM10k yes it s true.
3. Income doesnt come from Nuffnang only but also from the personal advertisers yang come straight forward to us.  Yes i m contracted with Nuffnang but for some reasons saya juga boleh ambil certain product as a promo/iklan in RM.
4. Tak ada lagi versi 8 -10 entries per day yer, tak mampu dah mata dan plotak menahan. skang max pun 5 entries jer, paling koman 3 tu kira kawtim adalah. but weekend mmg lam 1-2 entries per day jer. wkends orang ramai rehat. Versi 10 entries per day tu dah lama aku pencen sejak 2 yrs ago rasanya. so long ody.
5. RM’s potluck with readers was held on 2008 not last year.
6. Tips dari number 6 (from HMetro) sepatutnya applicable to those yang suka buat entries banyak, yang satu entry per day pun x per. x semua orang boleh jadi macam RM. aku giler menulis :) tak sangka lak reporter pi letak. adoii.
7. RM’s readers blom 4 juta, baru 3 juta lebih jer, and Sirman’s age is 37 this year, motip laki aku umur muda 2 taun jadi sebaya aku plakk
8. RM ujud dalam blogging sejak 2005 ye bukan 2008, tapi dari blogspot berpindah ke domain sendiri adalah pada tahun 2008.

Ni lah antara yang dibetulkan oleh Redmummy. Kang kalau ikut apa yang Metro cakap tak nyempa-nyempat nak tidur sebab nak siapkan 20 entri satu hari. Aku kalau dah tulis entri mau makan sejam. Kalau 20 entri dah 20 jam. Pergh!

Redmummy jugak sediakan 2 tips kegemaran untuk her new readers.. Check it out!

Top 3: Page yang Memang Patut Wujud Di Facebook Dan Sebab Kukuh Korang Perlu Join

Bagi korang yang tak tahu lagi, aku nak rekemenkan 3 page ni untuk korang. Terbaik punya!! Yela, kita ni siapa je,mana ada duit nak naik turun mahkamah nak buat bantahan ke apa.. Orang yang tak ada kuasa, mana ada orang lain nak dengar kata. Tapi, nasib baik ada Facebook yang free ni! Sekarang, kuasa di tangan kita! Yeah!


Countdown...


No.3 jatuh kepada page.. 



Aku rasa start dari page ni la then page-page seterusnya ni wujud.. Bagi aku, ok what buat page macam ni. Bukan nak anti siapa-siapa. Tapi, kalau kita tak buat macam ni, ada ke pihak atasan yang nak layan kita? Kuasa tak ada, duit tak ada.. At least, ramai lagi yang menyokong page ni menunjukkan ramai rupanya yang 'simpan dalam seluar' *eh,ada ke ayat ni?* Join group ni tak bermakna menyebelahi artis! Tapi, kadang-kadang wartawan hiburan ni melampau sangat. Ingat lagi tak kes Radhi dan ex-wife dia? Ramai yang cakap part Radhi kata "kau tidur dengan lelaki lain kan?" patut dipotong. Malu ex-wife dia. Seumur hidup tanggung malu. Nampak sangat nak kejar populariti dan duit je Melodi dan wartawan tu.. 

Then, boleh pulak buat satu slot khas untuk rancangan Terjah! WTH?? Baik dia tayang Spongebob dari Terjah! Aku pernah tengok sekali sebab ingatkan banyak sangat info pasal artis.. Tapi, boleh pulak ada slot 4 wartawan melepak, bertepuk tampar duk gelak kuat-kuat! Bingit telinga i ok! Oh, yang paling lawak aku rasa bila wartawan-wartawan ni nak saman founder page ni. LOSER! Kicik punya hal pon nak saman! Mesti sebab diaorang ni pon dah kantoi perangai sebenar kot!

Bilangan ahli setakat ni: 12,254


No. 2 jatuh kepada..



Dulu aku ingatkan aku sorang je tak suka AF. Ramai rupanya yang menyampah. Matlamat group ni nak kumpul 1 juta orang. Dan aku tengok, lagi ramai yang menyampah AF dari suka AF. Tak percaya tambah bilangan ahli yang suka AF (page AF ada banyak) banding dengan jumlah ahli group ni. Jauh matahari dari bumi la weh! Kepada peminat AF aku minat maap la ye.. Oh,dan part yang paling majoriti menyampah bila sekor terkeluaq dari kandang AF, yang lain nangis macam mati laki! Aku teringat AF 1 yang Atie nangis duk peluk kaki Adi(kalau tak silap). Entah pape je kan? 

Dan bagi aku, siapa yang tak ada kaitan dengan student AF ni, means bukan family or kawan then pergi undi more than ten times, u're such a loser! Sory! Sebab aku teringat cerita yang Aril tak suka peminat dia kat FB amik tahu pasal dia(kalau tak silap). Siap tulis kat status lagi. See?? Ada diorang kesah siapa yang undi untuk diaorang?? Masa dalam kandang mengembek mintak undian, dah keluar berlagak dgn peminat. Yang aku pelik kalau derma untuk Bersamamu liat je.. Alasan takut duit tak sampai. Takut pihak TV3 tipu.. Tak pikir kot-kot astro pon menipu kita jugak??

Bilangan ahli setakat ni : 87,341 dan setiap kali kau refresh page ni,kau akan tengok bilangan ahli semakin ramai. Amazing!


No 1 jatuh kepada..



Huh, aku sokong bebenor ler page ni! Mangga = Playboy Malaysia. Tak payah susah payah nak import majalah Playboy,  Majalah Mangga ni lebih kurang sama je.. Time aku sekolah rendah dulu aku ingat lagi mak aku marah betul beli majalah sampah ni dengan URTV. Ada sorang kawan aku selalu beli. So, kadang-kadang tumpang baca jugak la. Tak ada info ilmiah lagsung. Tapi, tak silap aku dulu ada ruangan agama ke apa. Tu 10 tahun lepas punya cerita. Baju pon kaver lagi lurah dendam lurah tak dendam apa semua. Sekarang?? Habis semua nak bukak! Kalau boleh nak bulat telanjang agaknya! Dan untuk pengetahuan korang, artis ni dibayar untuk pakai seksi2.. Hmm~

Aku jugak sangat geli tengok lelaki-lelaki duk tepi kolam tak pakai baju! Hey! Ingat perempuan2 nak tergoda?? Disgusting ok?? Dah tak ada idea lain ke?? Dengan pakai boxer je.. Sucks! Baru-baru ni aku belek-belek majalah ni kat kedai buku tengok perempuan pakai baju jarang, yang dalam kaler hitam pastu baju luar tu dibasahkannye. Korang pikit nampak apa?? Dah la artis *artis ke??* mana pon tak kenal.. Sunshine?? Amah siapa tu?? Dan baru-baru ni ahli kat page ni cakap siap ada ruangan cerpen lucah! WTF! Ni Malaysia ke US?? Dan boleh pulak ada ruangan luahan perasaan cintan cintun even untuk pasangan sesama jenis! Oh,dunia dah nak kiamat!

Tapi, aku respect page ni sebab tak banyak maki2 dan mod dia pon bertanggungjawab. Kadang-kadang ada kongsi info mengenai Freemason..

Bilangan ahli setakat ni : 6, 219 aku pon tak tahu kenapa tak ramai yang join. Kurang expose atau majalah mangga tak dikenali??


p/s : Sorry entri sangat panjang dan agak kasar.. Dah boleh buat 3 entri ni!! Kalau nak join klik link pada tajuk page tu eh.. Argh! esok test! Tak baca apa lagi tapi boleh sebok tulis belog!! T_T

Monday, April 12, 2010

Rafiqin Darwisy Masuk Melodi??

Eh? Kenapa aku tak tahu menahu pon yang Rafiqin Darwisy ni masuk melodi? Aku dapat tahu pon sebab gambar ni..


Nampak tak? Ada 7 hit lagi tu.. Terkejut gak aku.. Dah la tak tengok tv. Tiba-tiba keluar keywords macam ni. Cuba korang taip keywords tu. Rata-rata cuma cakap nak suruh Melodi terjah budak pra-matang ni.. Ye ke hah? macam tak je.. Dah try taip dah tadi.. Kalau masuk Melodi korang tolong upload kat tou-tube ok? Aku nak tengok..

p/s:minggu study week,,em,tak berapa ada mood nak berblog.. =(
doakan aku eh?^_^
.

Sunday, April 11, 2010

Antara Faktor Yang Nuffnang Pilih Blog Korang Untuk Letak Iklan



Ades! Bengang kowt dah penat taip panjang2 then tak boleh save. Sekali refresh page, terus hilang semua.. So, nak taip pendek2 je.. Aku just nak kongsi bagi korang yang tak tahu lagi faktor2 blog korang dipilih untuk letak iklan oleh nuffnang. Nuffnang je ek. Advertlets aku tak tahu.

Antara faktor2nye adalah sama ada kau glitteri atau tak. Kedudukan iklan pon main peranan jugak. Dah kalau iklan kau dok kat footer, apa kehalnye advertiser nak pilih blog kau.. Kan?

Tapi, mungkin ramai yang tak tahu faktor advertiser biasanya tengok historical click through ratio for previous campaign untuk pilih blog kau. Makin banyak klik or hingher ratio, makin senang advertiser nak pilih blog kau untuk kempen akan datang. Kau tengok yang kat tempat star banyak-banyak tu..

ni contoh aku punya


Makin kurang klik, makin susah advertiser nak pilih blog kau.. Setiap minggu, click-rating ni akan diupdate. So, check la ek. Paling minimum, 1 bintang. yang standard 3 bintang aku rasa. Yang penting jangan biar lower than 3.. Tu je kot nak share.. Dapat 5 star memang terbaik!

p/s : Tapi,nuffnang dah bagi amaran kelik-kelik tu entah la dapat naik ke 5 bintang ke tak.. Tak merasa la nampaknya,, T_T

Friday, April 9, 2010

Kenapa Iklan Body Shop Tak Boleh Kelik-Kelik?



assalammualaikum! Perasan tak semalam aku tak update? Agak tak ada mood semalam. Tapi, bagus gak musim-musim nak study week ni tak ada mood main blog. Hehe..

Hah,korang tahu tak kenapa iklan ni tak boleh klik? Dulu aku pon pelik.. Nuffnang buat hal ke? Ke nuffnang salah buat iklan. Tak boleh klik pon.. Rupanya, memang tak boleh klik pon! Nak tahu sebab apa? Bagi yang tak tahu la kan.. Yang dah tahu buat-buat tak tahu ok? Kalau korang perasan lah kan, iklan tu ada tulis "RM10 OFF". Yeah,tepat! Iklan tu sebenarnya adalah voucher.. Aku pon tak baca penuh-penuh tulisan tu. So, sementara stok masih ada, cepat2 la tekan butang yang patut dan print voucher tu!



Dan ini ada satu berita gembira untuk korang. Nokia nak kasi RM10,000! menggunakan E72 dan nokia messenging. Kalau berminat untuk menyertai Nokia challenge, klik je kat gambar tu eh..

p/s : tadi pegi tengok How To train Your Dragon. memang besh! Jauh lebih best dari Alice In Wonderland! Nak aku cerita ke? =p

Wednesday, April 7, 2010

Maxis VS Celcom - Part 1 (agak2 anonymous tu nak serang aku lagi tak sebab entri ni?)

Harini aku nak cakap pasal Maxis VS Celcom. Entri yang dah lama tertangguh. Tak baik betul buat en Burnz tertunggu-tunggu. Hehe. Kalau ikutkan macam tak nak dah cakap pasal ni sebab ada anony tak puas hati aku kutuk Maxis. Tapi, aku yakin abg Ben Ashaari akan sokong aku.. Cik Fatin pon suruh aku buat perbandingan antara Celcom dan Maxis.Tapi, en Burnz nak aku buat beza semua talian yang ada kat Malaysia ni. Tapi, aku rasa untuk kali ni elok lah aku buat beza Maxis dengan Celcom dulu..Eh?

Sebab aku nak tulis entry ni :






lagi satu komen cik fatin aku tak jumpa lak..

Bagi yang blur2 lagi, boleh la tengok komen2 kat entri Sebab Maxis Aku Rasa Nak Mencarut!

Youthclub VS Upax?

Aku dah try cari picture kat google tapi tak ada. So,baca je la tanpa gambar keyh.. Antara dua ni dah tentu maxis lagi mahal. Untuk masuk Youthclub Maxis kena bayar. Tapi, celcom bagi sim card free untuk Upax. Ada sekali aku pergi Maxis centre untuk tukar plan pada Youthclub tapi orang maxis cakap tak boleh sebab untuk tukar ada time2 tertentu. Aku macam huh?? Macam tu pon ada.(sebab aku tak nak tukar num lain) Tapi, kalau nak guna number yang sama kena bayar RM8.80. Kalau untuk Youthclub(no baru) RM 4.40. Celcom?? FREE! 

Credit Advance VS S.O.S topup?

First aku nak cakap, Maxis tak layak nak panggil SOS topup! Waktu emergency tak boleh diharap. Soal harga, semua dah tahu. Credit advance Celcom kalau dah guna lebih 6 bulan celcom tolak RM2.00. Kalau Maxis tolak RM2.50 even kau dah guna 100 tahun pon. Dan Maxis cepat betul mintak hutang SOS topup. Tapi, bila mintak susah betul nak bagi! Celcom cepat bagi Credit Advance tapi lambat mintak balik.


Customer Careline?

Customer careline celcom (1111) tak payah bayar. Kalau ada apa-apa emergency senang. Customer careline Maxis?(no aku tak tahu sbb susah nak hafal) kena bayar! Dan dari pengalaman orang lain aku dapat tahu yang customer careline Maxis macam taik sikit. Tak mesra alam langsung! Customer careline Celcom memang ok. Sebab aku sendiri pernah call. Layanan ok. Padahal free. Maxis aku pernah call sekali tapi layan macam nak tak nak je. Padahal berbayar.

Active 10 VS 8pax/15pax?

Sekarang Celcom dah buat 15pax untuk Xpax plan *aku baru tahu*. 8Pax untuk (Mid, Max, lite, Uox dan Sox Plan). Maxis ada 10. Ok lah tu kan.


Maxis Centre VS Celcom Centre?

Banyak yang aku dah baca. Ramai menyampah dengan maxis Center ni. Sebab tak peramah. Dah la kita customer kena tunggu lama. Duit melayang pulak tu *ahh!!tiba2 teringat Maxis telan duit aku sampai 600++*!! Ada satu blog aku baca sampai rasa nak tumbuk pekerja Maxis tu! Haha! nanti aku jumpa link aku update kat sini. Celcom aku tak pernah dengar lagi setakat ni.


Super Saver?

Ni kelemahan Celcom tak ada super saver. Tapi, aku pernah baca gak ada orang tu buat super saver tiba2 sampai rm6 Maxis telan kredit dia! Aku pernah buat super saver duit dah telan. Nak call tak boleh. Panas beb!


Baki kredit?

Kalau nak tahu, Maxis bila dah tinggal RM0.02 dah tak boleh mesej. *WTF!* Aku selalu terlupa fakta yang membencikan ni. Aku tak faham apa tujuan Maxis buat macam tu. Bukan ke lagi menyusahkan customer ke?? Celcom last credit RM0.00..


Apa lagi ek nak tambah? Pasal postpaid,CEO (isu ni agak panjang dan hot) dan broadband aku citer kat lain entri. Er, sorry la entri agak boring harini =_=

p/s : sila lah tambah secukup rasa eh..*wah!esok test!satu habuk tak sentuh lagi tp entri panjang macam tak ada keje!T_T*

Tuesday, April 6, 2010

Kalau Pandai, Cuba Selesaikan Caption Ni



Submit Cepat!

Makan Megi Pon Boleh Menang RM30,000??

klik gambar nanti ada benda best

Ini bukan tipu! Maggi nak bagi hadiah RM30,000 ni.. Siapa nak?? Syarat dia senang je. Buat 1 video kau tengah masak maggi sambil bogel.  Video yang paling kreatif/masakan maggi yang paling kreatif akan dapat hadiah wang tunai sehingga RM30,000! Wow! Macam nak masuk..

Klik je gambar kat atas tu untuk maklumat lanjut dan support this campaign! Yang tak nak join, klik je gambar tu dan tolong support eh.. Nanti aku bagi gegula =p

p/s : aku ingat nak wat lagi 1 belog,,untuk n3 bergambar and nak try guna advertlets..orait tak?

Monday, April 5, 2010

My Favourite Sport

kalau aktif bersukan,pakai set Adidas Action 3 ni konpem wangi!
best nye if dpt set Adidas Action 3 ni!

Favourite sport? Apa eh? Sebelum tu nak cerita sikit..

http://www.cute-smiley.comSukan pertama yang aku tahu, sukan badminton. Masa tu mak aku ajar main depan rumah. Rasa macam best je main badminton. Tiap-tiap petang main dengan jiran aku. Time tu umur aku baru 8 tahun rasanya. Then,masa Darjah 5, aku pon pilih Kelab Badminton untuk Sukan dan Permainan. Tapi,sebab ramai sangat yang nak masuk, cikgu adakan saringan. Tapi, aku tak lepas saringan tu. Sedih taw! Sebab selama ni aku main suka-suka je. Rules memang tak tahu la.. Aku nangis sebab tak dapat masuk kelab tu..*macam budak kecik je nanges!eh,tp time tu memang kecik lagi!*

http://www.cute-smiley.comAku rasa macam tak best nak main sukan lain. Tak tahu nak main apa. Then, masa aku darjah 6, sekolah aku buat pertandingan bola jaring antara kelas. Aku try je lah masukkan nama aku. bantai je la.. Aku letak as a Goal Attacker. Menatang apa GA masa tu memang aku tak tahu.. Bila time practise and perlawanan, baru la aku dapat tahu, aku ada bakat dalam sukan ni. So, budak2 kelas aku suruh aku tukar jadi GS lak.*bukan Gila Seks!Goal Shooter la bai!*

http://www.cute-smiley.comNaik sekolah menengah, aku malas dah nak teruskan main bola jaring sebab ramai lagi yang hebat-hebat. Masa form 5, bola tampar jadi favourite sport aku. Mula-mula memang sakit tangan. Lama-lama jadi gian plak. Rasa sakit tangan tu yang buat aku rasa jadi best! Sanggup tinggalkan tidur petang semata-mata nak main bola tampar! Dah azan maghrib baru reti balik hostel. Sampai sekarang rindu nak main bola tampar.

Sekarang kalau tanya favourite sport aku, aku pilih football! Boleh? Gian nak tengok game!Ttak sabar nak tunggu World Cup. Tapi, kalau kena tengok sorang-sorang tak best! Tak ada geng tak tepuk2 meja. Kenapa aku suka football? Entahla.. Tak ada sebab kot.. Tapi,aku tak pandai main bola pon.. Haha. Ada siapa2 boleh tolong ajar?

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Status-status Rafiqin Darwisy di Facebook. Banyak Lagi Rupanya Mangkok Ni Kutuk Arwah!!

ni yang buat ramai orang marah

Surat untuk Rafiqin..Rafuckin, adakah kau telah keluar agama?

Rafucqin, marah tak kau kalau baca tajuk surat ni? Marah? Baguslah. Kitaorang tak marah, tapi kitaorang sedih je. Awak, saya nak tanya ni. Jangan marah ye. Betul ke awak Islam? Kalau Islam, kenapa permainkan ayat suci Al-Quran? Tu namanya menghina Al-Quran bukan menghina allahyarham Din Beramboi walaupon awak dah pernah hina dia. 

Rafucqin, kenapa awak hina allahyarham? Dia ada buat salah ke? Dia ada perli awak? Maki awak? Sepak awak? Kalau ada, baguslah. Saya sokong allahyarham sebab mulut awak memang longkang! Tapi,saya rasa awak tak puas hati pasal awak tak dapat masuk Raja Lawak kan? Tak apa,tahun depan cuba lagi ye. Tu pon kalau sempat la. Takut awak pulak join Allahyarham tak lama lagi sbb saya dgr cerita bdk2 Kuantan tengah cari awak. Mana saya tahu? Saya orang Kuantan,saya tahu lah!

Rafucqin, saya rasa elok kalau awak masuk taska ABIM balik. Belajar agama betul-betul. Walaupon saya ni bukanlah alim sangat, tapi saya tak ada lah jahil macam awak nak hina Al-Fatihah dan orang yang dah meninggal. Adakah masa ustazah mengajar agama dulu awak tengok citer porn? Sampai tak tahu nak beza mana jahil dan tak? Bodohnye awak.. Kesian!

Oh, last. Saya nak mintak maaf. Bukan saya tak eja nama dengan betul. Tapi, keyboard ni rosak kot. Setiap kali saya nak eja, dia jadi RAFUCKIN.. Tapi, at least saya berjaya taip Rafucqin.. Ok lah tu kan?

dakwah melalui FB??


web apa tu?


jangan salah faham.
ni dia mntak maaf kat group dak sekolah dia-SK indera mahkota
*ceh!buat malu org kampung je kau ni!!*




aku yakin ni gambar betul dia..ang toksah nak kaber la weh!

Pics credit to Kami Benci RAFIQIN DARWISY mengutuk kematian DIN BERAMBOI !! Doakan je lah diberi hidayah untuk budak tak cukup kaseh sayang ni~

p/s : ada budak kat group ni pon kasi nama baru untuk awak raPIGin,, jangan marah ye!

Sunday, April 4, 2010

Youthsays? Macam Pernah Dengar. Tapi, Apa Tu?

Mesti sejak akhir-akhir ni kau banyak dengar perkataan Youthsays ni kan? Tapi macam malas je nak ambil tahu.. Rugi taw.. Nak tahu apa Youthsays? Aku bagi dalam bentuk kartun ek..

Apa itu Youthsays?






Dah dapat faham dah sikit-sikit? Dulu Youthsays ada survey sahaja. Bila kita dah buat survey ni, kita akan dibayar. Tapi, bukan senang nak dapat survey ni. Bergantung pada maklumat yang kita akan masukkan nanti. Ada orang dah setahun join tapi tak pernah-pernah dapat survey. So, sekarang, dah ada pembaharuan. Kita support kempen yang dibuat dan dapat 20sen.


Macam mana nak support kempen Youthsays?


klik bagi nampak

Ok. Ni muka depan web Youthsays. Once kau dah sign up, kau akan nampak perkatan advertising kat atas tu. Yang aku dah bulatkan tu. Nanti dia akan keluar senarai campaign yang dijalankan. Tapi kempen ni terbahagi kepada dua jenis iaitu Commercial dan Community. Commercial type ni la bila kita support dapat 20sen. Community pulak kita akan dapat dalam bentuk point.


 Cara bayaran?

Kita hanya akan boleh cashout duit bilamana dah cukup RM50. Agak lambat jugak tu sebab survey susah nak dapat. Tapi kalau rajin promote commercial campaigns and ada orang lain yang kau ajak support jugak, dapat lah naik sikit duit tu. Kalau kau ada ajak kawan kau join, kau akan dapat 5% dari apa yang kawan kau dapat. Orait tak?


Campaign Commercial yang sedang dijalankan?

Buat masa ni ada 4 commercial campaigns. Satu campaign tamat hari esok. Ni adalah 4 kempen tersebut. Selain tu, kempen2 ni bertindak sebagai pertandingan. Kalau ahli nak join pon boleh. Hadiah memang lumayan tahap gaban!

FREE internet calls!


Ni lah kempen yang tamat esok.
Hadiah?Tiket BEP live in london
+ Tokio Hotel live in Malaysia!

Hantar video kau masak megi je..
Boleh menang RM30k!!


Nak modal untuk bisnes?
Masuk contest dan menang RM50k!

Menarik kan? Banyak lagi yang boleh buat dengan kempen ni. Kalau kau nak promote kempen pon boleh. Tapi, ada caranya. Nak tahu? Nanti aku buat part 2 lak ek. Tu pon kalau kau nak la. Ni aku bagitahu yang basic je. Bila dah sign up nanti, kau jugak boleh promote kempen kat facebook dan twitter. Nanti bila kawan2 kau berminat dan support jugak kau dapat 20sen.

Dah puas dah citer. Letih dah ni. So, nak mintak tolong 1 je dengan kau. Yang tak berminat, boleh tak tolong klik ke-empat2 link kat atas (klik kat gambar ek) dan support kempen2 ni? Nanti kau klik link then ada butang SUPPORT THIS CAMPAIGN kat atas belah kanan kaler ijau. Klik butang tu. Senang je kan?


Macam mana nak sign up Youthsays?

Yang nak join, boleh la sign up sekarang! Klik link kat bawah ni. Nanti aku akan jadi referral kau. Bila aku jadi referral senang sikit aku nak tengok kau dan boleh tolong support kempen kau. Kalau rajin, tolong klik kempen2 kat atas sekali ek. Tak rugi apa-apa kan? Give and take lah ek.. Nanti kalau aku ada barang baik lagi aku share.. Kalau nak tanya apa-apa pasal ni pon, Insyaallah aku akan tolong..



p/S : Siang tadi pon aku ada share barang baik, bagi yang tak sempat baca lagi boleh baca kat SINI. Tolong ye klik link2 kat atas.. Tak salah kan tolong-menolong? ^_^