Sunday, February 28, 2010

Malu Giler! Tapi Serius Kelakar!

sila tunggu sampai habis loading yek ;)




macam mana kalau jadi kat korang ek??nak letak jawatan ke tana??

Thank U Zackzukhairi.You Have Made My Day!



 ??????


Er..kenapa tajuk macam jiwang je?? Aku ada apa-apa affair dengan Zack ke?? Secara jujurnya, aku kenal dia ni kat GB.. Time tu bosan-bosan, so saje lah belek-belek ulasan blog. Mana lah tahu kot-kot ada orang ulas blog aku yg lama tu. Tahu dah tak mungkin, tapi saje jer. So, buka la satu-satu blog yg dah dikupas diulas. Tapi, bila bukak je blog si zack ni. Aku rasa macam dah jatuh cinta pulak kat tuan blog blog ni! Habis semua cerita dia aku baca. Tak bergerak seyh aku! Banyak giler browser aku bukak sbb nak baca cerita dia. Agak kecewa gak biler dapat tahu dia dah ada awek.. Ok,aku tipu jer. Kecewa bila ada certain cerita dia macam dah tak wujud. Contoh: Kisah artis part1. Entah-entah kena ban tak?? Haha. 



Di sini lah permulaan perkenalan kami




Then,bila dah habis baca semua cerita dia,(aku baca dalam masa 1 hari je) rasa macam nak buat 1 entry pasal mamat handsome ni yg minat giler Lisa Surihani. Tapi tak tahu nak tulis pasal apa. Kang dia ingat aku stalk dia plak. Aku komen kat box dia dulu pon dia tak online a.k.a tak layan. Bagi aku, dia dah macam artis pulak. Kalah Iqram Dinzly kesayangan aku. Tapi Ashraf Muslim tetap menang ah lawan dgn ang Zack!




Then pada hari yg bersejarah ni, aku try la komen kat box dia, "dah jatuh cinta kat blog ni!!" Aku yakin dia mesti tak balas punyalah. Banyak lagi awek-awek dia nak layan. Tiba-tiba perkara yg tak disangka berlaku! Dia balas kat box aku! Ok,memang macam jakun. Sama macam Ashraf Muslim cakap "i miss u" kat aku. Tapi, bg aku bila blogger otai macam dia ada masa nak balas box aku, macam dihargai pulak. Mungkin sbb aku minat giler dgn zack blog dia! Korang tak minat takpe. Yg penting aku nak cakap blog dia memang best! Siap ada kartun-kartun. Memang sesuai untuk budak umur 9 thn 19 tahun macam aku.


ni lah komen si zack tu.thanks gak kat dia sbb ajar aku macam mana nak buat ni ;)
(siap dapat compliment tu!haha)


Selain tu,dia gak jd follower aku. Bukan senang weh orang yg ada 1k followers nak follow org yg ada 10 follower je. Tapi kalau dia memang suka follow-memfollow balik ni tak tahu lah kan. Tapi aku tetap happy! Haha. Kalau ada orang yg cakap blog dia tak best, aku rasa macam nak sumbat selipar kat mulut dia. Ada lah sorang ni aku jumpa cakap tak best pon blog dia.  Mesti ang tertanya-tanya kan zack?? Tapi ada sbb gak kenapa dia cakap macam tu. Sbb dia jealous!!! Haha. Bf aku lar tu! Nama dah lar lebih kurang dgn zack. Aku tak kira, aku nak minat jugak blog Realiti Konspirasi ni!

a lot of thanks to zack zukhairi ;)


to zack:nanti ang balik malaysia, jangan lupa bagi buah tangan. Mesti ada punya kan??Haha. Penat dah bodek puji ni! Blog ang mmg best! Owh,lupe. Sama lar kita duk UM!;p

to zulhairi:jgn jelez ek..sy tetap syg awak lar,,;)

Taktik Tackle Awek Part 1

credit mr. giggle google


Setelah berhempas pulas aku cantik kan blog ni macam empunya blog akhirnya ni lah hasilnya! Puas hati rasa. Tapi kesian pulak kat blog lama. Telah diabaikan. Nampaknya tak layak lah aku untuk berpoligami. Ok,habis merepek. Aku buat entri ni khas untuk member aku sorang ni. Selalu je tanya macam mana nak pikat awek. So, baik hati punya pasal aku try la tolong dia. Tapi ni tips version aku la. Lain awek lain taste.


glitter-graphics.comWARNING:kalau rupa paras suam-suam kuku tapi nak usha awek tahap Tyra Banks susah la bro! Tips tu mungkin bergantung pada jumlah duit yg ada dalam akaun ko. Kalau setakat guna akaun tabung buluh baik ko cari lain je.







  1. Mesti jadi geli-geleman gentleman! Yg ni aku rasa wajib ah. Maksud aku kat sini, kalau hari-hari kirim salam kat awek tu guna orang tengah memang tak gerak mana-mana lah bro. Sekali dua boleh pakai. Silap-silap kalau orang tengah tu member ko, mau awek tu sangkut! Nak pulak member ko encem. Kalo aku pon nak. Tak pon member ko yg sangkut kat awek tu. Zaman sekolah boleh la kot buat macam ni.
  2. Kena berani. Ni macam takut-takut je. Konon pemalu sangat la. Padahal perangai sebenar macam setan apa je. Belum lagi jumpa mertua bro! Nak-nak kalau awek tu tegur. Muka dah pucat semacam macam lah awek tu nak bgtaw dia mangandung anak ko. Balas lah kalau dia tegur tu. Nanti dia cop ko sombong.
  3. Kalau aku, aku tak suka ayat bunga2 dan jiwang2 ni. Pada laki yg anggap ayat-ayat camni boleh pakai lg, aku rasa tak dah kot. Tapi depends la kan. Kalo ayat-ayat sweet tu takpe. Memang perempuan suka. Ayat puji-puji ke. Tapi sikit-sikit dah la. Lebih-lebih nampak sgt nak bodek. Pastu jujur lah. Kalau dah gigi awek tu berterabur jgn pulak pergi puji "i suka gigi u.Cantik!macam model iklan colgate" Aku confirm sesaat dua lg ko koma.
  4. Jangan slow sangat,jangan laju sangat. Ko lambat memang sah melepas lah. Nak pulak awek tu cun macam Lisa Surihani! At least bg lah hint sikit-sikit. Tapi jangan pulak baru kenal seminggu, dah cakap "i love u,sayang.." Ko ingat girls nak terpikat?? Sorry ah bro! Ok,kalau ko handsome, itu lain kes. Aku pon nak. 
  5. Kenalkan diri. Maksud aku bukan pergi kat awek tu then cakap "hai.nama saya Brad Pitt.umur 26.no ic A615288.saiz kasut sy 12..." Tapi bg awek tu cam ko. Contoh kalau ko dah tunjuk yg ko minat dia, selalu-selalulah ada kat tempat dia ada. Lama-lama mesti dia kenal ko. Silap-silap boleh rindu bila satu hari tak nampak ko. Yelah, biasa dah nampak time makan. Tiba-tiba ko tak ada. Mau angau 5 saat awek tu.
  6. Kalau kirim salam 1st time ko tak bg tahu ko siapa orait gak. Nanti mesti dia terfikir2 mamat manalah yg syok kat dia. Tapi kalo dah sebulan ko kirim salam tp tak bg2 tahu jugak, silap2 ko tak akan nampak dia makan sorang lagi dah. Mesti dah ada peneman.Gigit jari ah tu.


Ni je kot yg dapat aku kongsi buat permulaan. Tadi aku ada ingat nak tambah samting,tapi lupa dah. Tak pe lah. Ni baru intro. Sikit sgt ni. Ada step-step lain lg. And aku rasa taktik ni boleh dipraktikkan kalau awek yg ko nak usha tu ada dekat la. Contoh 1 sekolah ke, 1 U ke.. Boleh la.. nanti aku sambung next entry. Ada siapa2 nak tambah,sangat2 lah dialu-alukan..

Saturday, February 27, 2010

Sah Facebook Terkena Sumpahan!



Facebook, facebook dan facebook! Kejap,tukar font. Kang ada yg berpinar biji mata! Ada apa dengan facebook?? Bukan artis-artis je yg kena sumpahan ni. Yg pasal Ammar, laki bini cerai-berai apa semua tu aku malas cakap lar. Aku pon ada kena gak. So, nak cerita pasal aku jer. Mesti ada antara korang yg pernah kena gak kan? Aku nasihatkan pada siapa-siapa yg tak ada facebook lagi tu, tak payah buat la weh. Tapi GB semua mesti kena ada FB kan? Lupa. 





Just nak share dgn korang, sharing is sexy pengalaman aku terkena sampah sumpahan FB ni.


  1. Addiction masa awal-awal ada FB. Macam jakun pon ada.
  2. Oleh sbb jakun,maka status pon update sokmo-sokmo. Bila ada kengkawan komen makin galok main FB. Equal to: Berjam-jam lekat depan laptop.
  3. Kuiz di FB. Tipu giler siapa yg tak pernah buat even satu pon kuiz! Best weh kuiz kat FB. Aku pon curious gak nak tau bila aku kahwin, dapat anak berapa etc. gatal! Yg laki mesti nak tengok bini dapat berapa. Pastu bila result menarik, contoh:aku buat kuiz "anda menyerupai model yg mana?jawapan:Adriana Lima" Even jawapan tu tak berapa tepat,tapi mesti ada yg tak puas hati dan komen kat situ. Pastu melekat lg depan screen gaduh-gaduh manja dgn tukang-tukang komen.
  4. Game! Aku pernah sekali, ok banyak kali main game Restaurant City. Bg aku ni lah game plg best kat FB. Siapa2 yg rasa nak open restoran tapi duit dalam tabung ayam pon tak sampai separuh,korang main lah game ni. Game yg lain menyampah sket sbb nak kene tunggu. Contoh:Farmville. Entah bila nak tumbuh aku pon tak tahu. Cerita pasal game RC tadi, ada sekali tu aku dah siap-siap nak pergi kelas. Dengan semangat jawa  waja sbb awal lg,aku buka FB jap. TERmain game RC. Ambik kau! melekat sat! Dah jd lambat pergi kelas. Ni pon aku ingat2 lupa. Entah pergi lambat ke tak pergi langsung!
  5. Masa tidur aku dicuri FB! Padahal penat giler balik kelas. Muka dah sangap nak tidur. Tapi sanggup manghadap FB dulu! Wah,hebat tul FB ni. Kalau pakwe aku ajak dating time ngantuk tahap gaban mesti aku tak layan punye!
  6. Aku pernah gaduh dgn pakwe aku sbb FB. haha. Padan muka beliau. Siapa suruh buat macam tu. Ok,yg ni tak nak cerita lebih-lebih. Segan nak cerita hal rumah tangga kat sini.
  7. The worst part, aku gaduh dgn member yg aku baik sbb FB ni. Sedih dowh nak cerita.Aku malas nak cerita nanti kang korang pon join nangis sama-sama. Ni semua sbb aku salah paham status dia. Aku rasa status FB tu mmg bahaya ah!
  8. FB sebabkan laptop aku jarang off. Nasib baik tak meletup. Kalau meletup, terpaksa pulak aku cari CC nak online FB!
  9. FB buat hidup aku tak aman! Bila kat kelas je, mesti curious nak tahu ada berapa banyak notification lar agaknya, ada orang add tak, ada orang komen tak gambar aku yg cun tu.. Macam lah famous sgt! haha
  10. Ada lg rasanya, tapi macam ingat-ingat lupa. Korang tambah la secukup rasa.


Tapi, ada gak benda yg aku nak cakap thanks kat FB ni. Sbb dah boleh kontek dgn member-member lama,dah macam jejak kasih! cth:weh car,hang makin cun sekarang!rindu kat ko! kontek dgn orang yg pernah aku minat masa sekolah dulu (bf sekarang.haha), hilangkan bosan aku dengan kuiz-kuiz tak betul ko tu. Dan yg paling penting sbb cakap aku iras-iras Lisa Surihani yg kuiz artis kat Malaysia ni. Aku rasa ni je kuiz ko yg paling tepat! TQ FB!


p/s:aku dah tukar font tapi bila publish tak jadi. So, pada siapa yg mata kecik ala-ala hujan Rain Korea harap maaf ye!

Malam Pertama Aku

Aku tau ada antara korang yg ensem dan cun2 ni dah baca cerita ni. Tapi aku tak kira.nak ping jugak! Pada yg tak baca lagi, kalau korang nak jd cun jugak, baik baca. Cerita best ni! Pasal malam pertama!


Tiba-tiba rasa macam nak kongsi cerita.Cerita zaman sekolah dulu.Dulu-dulu time sekolah aku sangat nakal!Especially time form2.hehe. Nanti aku cerita. Kali ni nak cerita hari first masuk sekolah menengah dulu.Time mula-mula dapat taw dapat masuk asrama,mmg happy giler ah!Rasa macam kembang jap hidung. Tapi still mancung lar.Konon-konon macam teror sangat la.Perasan je lebih!


So,bila dah siap-siap beli barang and packing barang,pergi lah daftar di SEK.MEN KEB SERI KUANTAN. *wah!rindu sekolah!sekolah paling best*Masa daftar tu berkumpul dekat dewan.
Sejuk je mula-mula sbb datang agak pg and tak ramai org lg.Agak jakun lar time tu.Dalam kepala dok cakap


"pergh!besar giler dewan dia!Langsir ciap automatik tu nak bukak tutup. time skolah rendah kecik je.
Ni lantai ciap lantai kayu tu."

Tapi memang besar pon dewan tu.Memang cantik pon.Sampai sekarang aku still suka dewan tu. Then,bila dah masuk tengah hari aku dah rasa rimas.Lalat dah la banyak.Ni la satu fakta benar mengenai sekolah aku.Banyak lalat.Sampai ada budak sekolah lain pggil sekolah Seri Lalat!Jahat giler!Tapi sekarang dah tak ada masalah tu dah.Buat malu jer.


Aku pon dah tak ingat siapa yg bg ucapan time tu.Lepas dah bg ucapan tu,semua boleh pergi bilik masing2.dah la time tu mak salah park kereta!Ada ke pergi park dekat dgn asrama laki.Asrama pmpuan jauh sket.Blakang lg.Dah la beg besar gedabak!Berat giler siot!Angkut sorang plak tu.Entah apa aku bawak dalam beg tu ntah.Tapi memang agak malu ah kan.Aku rasa kalau ada pertandingan beg terbesar aritu,
mmg sah2 aku menang tanpa bertanding!


Pas dah angkut semua harta karun aku,mak pon cakap dia nak balik.Ada je parents yg tak balik lg,tp kesian plak kat mak aku.Pas salam apa semua depan surau,aku babai dgn senyuman.haha.Tapi tak besh lar sbb aku nampak macam mak aku menangis.Rasa tak sedap pulak..


Aku pon blah la nak balik bilik.Boleh pulak tersalah masuk blok laki.Rupa depan blok laki & pmpuan dah macam sama.Bukan aku sengaja ok?Dah rezeki gamaknye.And bukan aku sorang je taw yg tersilap melebihi 2 kali masuk blok laki.


Bila dah dalam bilik tu,macam biasa la,berkenal-kenalan.


Ayat standard ni:Siapa nama awak?Nama saya tiqah..Dlu sekolah mana?


Pastu dah tak ingat dah.Siang-siang aku tengok,semua muka otai je.Rilex je. Macam tengah makan megi.Ada kot yg tengah nanges-nanges lg.Tapi bukan aku lar kan.
Part nak tidur malam tu mmg aku tak boleh lupa ar.Bila lampu dah tutup,tiba-tiba aku dengar bunyi.Biasa ah,asrama kan.Korang paham-paham lar.Kat katil sebelah aku dengar.Kat katil atas pon aku dengar.Then, aku dengar bunyi tu kat katil aku sendiri!Pergh!bunyi orang sedut hingus tu!Rupanya,semua tengah feeling rindu mak ayah atok nenek!haha!Semua kantoi!Toksah nipu aku lar,aku ingat dgn jelas lagi malam tu!


pesanan penaja:mesti ada gak antara korang yg nangis kan??perempuan tak kisah ah.laki mesti ada punya la!Sori tulisan kecik..Dah edit tapi still degil!

Kahwin Lain VS Suami Durjana



Assalammualaikum!! Ada satu pendapat yg aku nak kongsi lepas baca mengenai budak umur 3 tahun yang kene tendang sampai mati tu jadi takut je rasa!dah la bukan bapak sendiri pulak tu yg tendang. teruk betul la bapok laki tu! Mintak-mintak biar dia dapat balasan setimpal. Labih dari tu pon takpe. Korang ingat lagi tak yg pasal sotang mak cik ni couple dgn foreigner ni. Then, foreigner ni dera anak mak cik tu sampai mati! Apa hak dia nak buat macam tu??



Bagi aku lah kan,pada mana single mother yg rasa hidup dia lebih senang bila dah menyinggel, better single je. Aku cakap ni sbb mak aku pon single mother jugak. Ok je pon. And dari pengalaman yg dah banyak aku baca kat Pacaindera. Bila dah kahwin buat kali kedua, banyak pulak masalah timbul. Masalah paling utama dan paling banyak:DUIT! Sebab laki yg kahwin dengan janda biasanya duda. So,kalau gaji tak seberapa, anak yg sedia ada dah ramai, bila kahwin baru dalam 5,6 bulan mulalah menanggung hutang. Nak sara anak dgn bini first lg. Kalau dapat baby baru,satu hal pulak lg. Byk tu nak guna duit! Dah memang tanggungjawab suami pon bg nafkah and so on. Sekali dua,bini nak jugak merasa hadiah dari suami.Isteri kalau sekali dua tlg hulur,mungkin boleh sabar lg. Tapi kalau dah masuk bil lektrik rumah dan susu anak pon bini kena byr 5 bulan,tak patut jugak.


So,fikirlah mana yg baik untuk anak-anak. Mana laki yg nak jadi suami tu pegang lah tanggungjawab sbgai suami betul-betul. Bakal isteri pulak,jg mkn minum suami pe seme. Ni pon ingatan untuk diri sendiri jugak. Pada single mother, fikirlah betul-betul. Kadang-kadang, perkahwinan kali kedua ni lebih menyusahkan. Kalau sebelum kahwin dah tunjuk belang macam cerita kat atas, boleh blah  kirim salam je la. Perempuan kena la kuat~


p/s:korang boleh baca berita penuh pasal budak 3 tahun tu kat blog ni.

frust menonggeng part 2

ok,fine!blogspot hari ni memang betul2 menguji kesabaran aku ah!td try bukak blog lama sbb nak copy apa yg boleh copy.and then,tara!!!boleh pulak guna layout lama!memang wat the fish betul la!sekarang ni confuse and nak mntak pendapat adik2 gojes,akak2 cun and abg2 handsome kat GB.nak guna blog yg mana skrg ni?or both??

link lama boleh klik SINI

Meh Baca Weh!Kesian Kat aku!

Haish3!!sangat sedey. in fact nak menangis dah sbb terpksa buat blog baru.penat tak payah cakap lah.berjam-jam dah mengadap laptop.

sakit hati sgt sbb:
  • terpaksa buat blog baru
  • syg sgt dengan blog lama tu
  • hari ni je dapat 4 followers,so total 34 followers.bila dah jd camni,tak ada da follower.T_T
  • terpaksa sign up semula kat geng blogger.
  • link-link semua tak ada
  • gadget dan widget terpaksa tambah balik
  • pastu satu hal pulak dengan layout ni.nak customize,widget tak boleh alih2.so,terpaksa fikir betul2 nak arrange mcm mana.
  • kena plak baca komen2 dekat web tu mcm mana nak edit code HTML(yg ni sumpah seksa!)
  • kdg2 bila dah edit jadi error pulak.terpksa cek one by one.
  • upload balik segala mak nenek kat blog baru
  • my contest!sdey giler ah!
  • plg syg:link lah.nanti bila ada blogger lain pergi dekat blog lama, blog tu dah macam rumah usang je.T_T
kebaikan(nak sedapkan hati sendiri):
  • dapat pengalaman blog wat taik!
  • jgn memandai-mandai edit2 blog.so,pasni nak buat satu blog khas untuk uji kaji kalau nak change layout
  • dapat URL blog yg baru
  • blog makin cantek macam tuan blog...ok,gurau je
  • bermain-main dgn HTML yg tak best tu sbb nak edit header
  • tulis dgn cara baru.kira macam jd org baru la ni kot
  • ........(mcm tak byk je.korang tambah la sendiri).....
so,sekarang ni still lagi tgh meng-edit blog ni.pada yg kesian kat aku,meh ah follow and link kan blog aku ni weh.still lg fikir nak copy tak cerita kat blog lama aku.ah,kalau tak ada idea nak tulis apa aku copy je.chow!

p/s:harap syazreen ismail bersabar ye.sory sgt!