Sunday, April 18, 2010

GAMBAR MAJLIS PENGKEBUMIAN ACIK SPIN

Kat bawah ni adalah gambar-gambar majlis pengkebumian Acik Spin..

Jenazah dibawa dari hospital Tuanku Ja'far
ke rumah mertuanya di Taman Desa Ros, Ampangan


SANAK saudara serta sahabat handai hadir pada pengkebumian jenazah Abdillah Murad Md Shaari atau lebih di kenali sebagai Achik Spin di Makam Tuan Haji Said di Seremban, hari ini. Achik Spin, 27, terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan di KM14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban 6.16 petang, semalam. 


IBU Allahyarham Achik, Badriah Awalludin (tiga dari kanan) dan isterinya HM Rose Zaitul Surianai (kanan) tidak dapat mengawal kesedihan semasa pengkebumian jenazah Allahyarham di Makam Tuan Haji Said, Seremban, hari ini.


Tomok antara rakan artis yg hadir
selain Lan Kristal, Hattan dan Siti Nordiana.


Siti Nordiana tidak dapat menahan sebak melihat 
sahabatnya yang dari kecil dikebumikan.
Nana jugak merupakan orang terakhir yang bertemu arwah
di Angkasapuri kira-kira jam 5.30 petang semalam
sebelum diberitakan kehilangan Acik jam 6.00 petang.

Sedih tengok buletin TV3 tadi. Sempat tengok jenazah Acik buat kali terakhir sebelum dikebumikan..
Tak suka berita-berita macam ni sbb diri sendiri pon pernah kehilangan orang yang paling disayangi.. Yang pernah alami je akan paham apa yang dirasai..T_T
Kesian kat anak-anak arwah,,yg kecik baru 10 bulan..

p/s : pic credit to lagendabaling dan best1of4

Saturday, April 17, 2010

Gempar!:Video Kemalangan Acik Spin



Ni aku dapat dari facebook.. Dan difahamkan bahawa tuan punya video ni yang tolong selamatkan Acik Spin tu.. Kebetulan dia ada kat situ.. Dan masa Allahyarham dibawa keluar, (before kereta terbakar) Allahyarham dah pon meninggal.. Innalillah..


Klik : VIDEO KEMALANGAN ACIK SPIN

Apa yang aku dapat lihat,teruk kereta tu terbakar.. Ada sorang lagi penumpang dalam tu cedera parah(kawan arwah)..dalam video yang mereka selamatkan tu kawan arwah.. Arwah dah terlantar ket tepi tu..

Achik Spin Meninggal Dunia =(



Tadi balik dari Midvalley aku bukak GB terkejut sangat-sangat baca yang Acik Spin dah meninggal. Sedih! Baru je dikejutkan dengan kematian allahyarham Din Beramboi tak sampai pon sebulan, tiba-tiba Acik Spin pulak yang meninggalkan kita. Memang sedih..

Acik Spin meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada petang tadi. Kereta MPV yang dinaiki arwah terbakar dan meninggal di tempat kejadian.

Em tak sangka betul kan? Tak sampai pon 3 bulan lagi tapi dah ada 3 artis yang meninggal iaitu arwah Yanie Mentor, arwah Din Beramboi dan arwah Acik Spin.. Harap nya artis-artis yang lain akan ada rasa 'sesuatu' dalam hati mereka dan cukup-cukup lah dengan perangai buruk mereka selama ni. Bila-bila masa je Allah boleh tarik nyawa kita. Dan ingatan ni jugak untuk rakan blogger semua dan diri aku sendiri..

Aku teringat lagu Bola-bola api nyanyian Acik Spin dan Siti Nordiana. Memang best lagu tu. Dan aku sangat suka tengok lakonan Acik dalam Diari Romeo. Tengok berapa kali pon tak puas.. Hmm,,sedih! Muda lagi..Baru 28 tahun..

gambar credit to suarabaling

SEREMBAN: Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini, petang tadi.
Allahyarham yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas setelah melanggar papan tanda dan beliau meninggal dunia di tempat kejadian sebelum api marak membakar kereta MPV yang dipandu Achik ekoran kejadian malang itu
Mayat Allahyarham dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini, malam ini..


p/s:Apa-apa pon, Al-Fatihah untuk ketiga-tiga mereka dan takziah kepada keluarga Acik Spin..

Thursday, April 15, 2010

Template Minisite Blogspot Dan Buku Panduan Cuma RM50 SAHAJA! Percuma 3 ebook Lagi!!

Di sini terdapat tawaran yang HEBAT! Sila lihat dulu kelebihan-kelebihan yang bakal anda dapat ni. Dengan hanya RM50 SAHAJA, anda akan dapat pelbagai barangan. Pakej TERBAIK untuk anda yang inginkan web jualan yang siap dibina 99%. Apa yang perlu anda akukan hanyalah memasukkan produk anda ke dalam minisite tersebut. Mudah kan? Yang penting jimat wang dan masa. Tak payah susah-susah lagi untuk upah web designer/web master yang susah tentu memakan kos beratus-ratus ringgit! Masih tidak yakin? Jom tengok apa yang bakal anda perolehi dengan HANYA RM50!!

template minisite blogspot yang sudah tentu
friendly user!

Ebook bernilai RM200!!
Tapi, anda akan dapat dengan hanya RM50 termasuk template minisite blogspot!!


Nanti dulu! Ada banyak lagi kemudahan akan diberikan!



6 Header Menarik! . 



Button yang menarik! Banyak kan?
Semua comel-comel.


Salah satu daripada TIGA ebook yang
bakal anda perolehi dengan hanya RM50!


Banyak lagi barangan yang bakal anda perolehi antaranya ialah 5eCover Action Script yang professional, 10 menu header (format PNG), 13 Bullet dan banyak lagi!


Testimonial salah seorang pengguna minisite blogspot.
Memang puas hati!




Tak kan nak tengok sahaja? Apa lagi, rebutlah peluang membina web jualan anda dengan hanya RM50! Mudah dan menjimatkan! Ingin tahu apa lagi kelebihan yang bakal anda perolehi atau membuat tempahan sekarang?? Klik banner di bawah dan mulakan perniagaan anda!


minisite blogspot

Iqram Dinzly Lamar Fouziah Gous??

First of all, aku JELEZ! Haha.. Ades,kan bagus kalau Iqaram lamar aku..*perasan*. Ni bukti Iqram Dinzly lamar Fouziah Gous..



Even melalui twitter, tp bagi aku sangat sweet ayat yang Iqram cakap! Macam serius je ni.. and again, jealous! *ish!tak baik sungguh* Tapi, takpe, Ashraf Muslim single lagi kan??

Nak tahu jawapan Fouziah Gaos??


Double jealous! Haha! Apa-apa pon semoga korang bahagia lah yek.. Tamo dengar cerita cerai-berai lagi dah!

p/s : bila lah agaknya giliran aku pulak??;p

Wednesday, April 14, 2010

Prevent From Phishing Site: Beware! Perbezaan Http dengan Https

Maklumat ni aku jumpa dekat tagged. Aku rasa agak penting untuk korang tahu. Memang penting pon! Especially bila masuk Maybank2u dengan CIMB click. 



Perbezaan antara http dan https HTTP adalah singkatan dari HyperText Transport Protocol, iaitu salah satu protokol yang mengandungi bahasa yang difahami antara webserver dan klien (web browser di pc).



Jadi apa perbezaan huruf S yang membezakan antara HTTP dan HTTPS?

S adalah singkatan daripada Secure. Jika anda mengunjungi laman Web , lihatlah alamat di web browser, ia akan biasanya dimulai dengan ini: http://.

Ini bererti bahawa website ini berbicara dengan menggunakan pelayar biasa yang tidak selamat.

Dengan kata lain, ada kemungkinan ada seseorang yang sedang sekodeng pada komputer anda semasa perbualan dengan website.

Jika korang mengisi borang di laman web tersebut, seseorang mungkin melihat maklumat yang anda hantar ke laman tersebut.

Jadi tidak digalakkan untuk kita tidak pernah memasukkan nombor kad kredit anda di laman http!

Tetapi, jika alamat web bermula dengan https: / / , yang pada dasarnya bererti komputer anda sedang berbicara di halaman dalam kod yang selamat dan tiada sesiapa yang dapat sekodeng maklumat anda.

Anda faham mengapa hal ini begitu penting, kan?

Jika sebuah laman web meminta anda untuk memasukkan maklumat kad kredit anda, secara automatik periksa dahulu samaada alamat web bermula dengan https: / / .

Jika tidak, jangan memasukkan maklumat sensitif seperti nombor kad kredit.
Maklumat ini walaupun adalah basic tetapi ramai yang tidak tahu.







Aku pon tak tahu sebelum ni. Tak perasan sangat.So, berhati-hatilah lepas ni ek. Kalau ada alamat website panjang semacam tak payah lah klik.. Sekarang pon setiap kali log in mana-mana website aku akan tengok http atau https.. Hati-hati! Ni contoh web yang secure..


ni contoh yang secure
(browser google chrome)
nanti akan jadi kaler kuning-oren

Walaweh~ Baru Semalam Aku Tahu Pasal Drama Asmaradana. Tapi, Kenapa Tiz Zaqyah Seksi Sangat?

Ish! Memang ketinggalan zaman sungguh! Tu pon aku tahu masa beli makanan semalam kat kafe, tengok iklan tapi tak tahu tajuk. Nampak Iqram Dinzly *w0w!encem!* Tiz Zaqyah *w0w!cun!* Sam Shazeily *w0w!cute!* Rozita Che Wan *w0w! cantik bangat!*Serius Sam nampak cute dalam drama ni. Mesti gay-gay kat luar sana berminat!

Ok, pada yang tak tahu lagi macam aku ni (er, ada ke yg tak tahu lagi?) aku bagilah sikit info eh. Drama Asmaradana ni gantikan drama Nigina dulu. Drama ni ada 25 episod dan start tayang pada awal bulan 3 yang lepas. So, sempat lagi la kot nak catch up citer ni. Dan tak silap aku cerita ni mengisahkan cinta dua darjat. Siapa yang dah tengok dari awal bolehlah cerita kat aku kan??

Oh, pasal Tiz Zaqyah seksi tu aku agak kecewa sebenarnya.. Baru je nak minat, tiba-tiba terkozut den tengok majalah In-Trend ni!

berapa kali aku tengok nak pastikan betul ke dia ni??


hilang terus kesopanan.. T_T

Tapi, aku tetap suka gambar yang bawah ni.. Sopan and cute!


Comel kan?? Macam Agnes Monica..
Ye..Tiz Zaqyah macam Agnes Monica (SEO ni beb!)

Tapi, nak salahkan artis 100% pon tak boleh jugak.. Produser nak pilih pelakon pilih lah yang betul-betul sesuai. Dulu ingat lagi M.Nasir konon nak cari artis yang sopan-santun untuk watak Saliha dalam filem Aduh Saliha, mati-mati aku ingat nak cari perempuan ayu dan bertudung.. Sekali dapat yang berbikini da! 

p/s : Mana pergi filem Aduh Saliha eh?? Muahaha!